Pages

Monday, June 16, 2014

Part 3 : Study .

Assalammualaikum .

Macam mana nak study kat matrik ni dah la semua nak cepat , banyak quiz , test , pastu ada penilaian markah pb sepanjang masa lagi tuh . macam mana nie macam mana !!?? . hoi rileks ah junior dan bakal2 sekalian . aku masa awal2 pun macam korang jugak . nervous , takut semua ada . pastu mula la aura negatif masuk berlumba kata susah la tu lah , oh tak boleh okay takboleh , kena hapuskan secepat mungkin rasa itu , kena positif positif dan positif okay , so meh sini aku share sikit cara aku cemana . cehh .

Pada awalnya aku ada cakap kan salah satu problem aku masa awal2 kat matrik dulu adalah org lain tangkas jawab soalan lecturer bg time kuliah dan aku kebluran dan rasa ketinggalan plus rasa "bodoh" nya aku nie T.T . haa tu diaa . tapi macam mana aku boleh catch up balik ? okay here is the tips . aku hiraukan semua negatif thoughts yg ada dan selalu jugak pesan kat diri "hanis , Allah tahu kau boleh , jangan putus asa cuma kau lambat pick up sikit je okay . hanis boleh buat ! " haaa punya la aku hembuskan kata2 semangat kat diri sendiri *bukan senang T.T* sebab hanya diri kau je boleh bantu kau . serius . then aku akan make sure if aku ada problem dgn certain topic ke apa , aku pastikan by hook or by crook kena fahamkan dan expert kan masa tu jugak . haa challenge diri sendiri . so far Alhamdulillah aku rasa method tu sangat berkesan . next tips aku is before entering my kuliah aku akan selak2 notes dulu supaya tau la jugak apa isi2 dalam tu , so that kau tak terkejut beruk kat kuliah nanti ngan benda baru . okay ni tips aku amik dari pelajar2 yang cemerlang ! hehe .

Selain tu , cara aku adalah aku akan buat short notes untuk topic2 yg critical utk aku. mudah . kau boleh olah sendiri dan boleh tengok2 last minit before nak masuk exam hall . ceh . tambahan lagi , kalau kat matrik nie kau jangan segan silu nak jumpa ngan lecturer nak menanya soalan ke hape. memang rugi sangat kalau kau malu. serius ni. cuba jadikan cubical tu macam bilik kedua kau lepas bilik tidur kau . seronok tau bila kita selalu jumpa lecturer tanya benda xfaham , then bila dah dapat pencerahan . nikmat ilmu ! nikmat ! secara tak langsung jugak kau boleh kamcing sekali ngan para lecturer sekali . hihi ! Next . ini penting sangat . bila kita dah ada ilmu , ringan2 kan mulut berkongsi ilmu tu dengan orang , toksah la kau nak simpan sesorang , tak seronok and tak worth it pung . betul aku cakap , lagi banyak kau bagi ilmu kat orang , lagi banyak kau dapat ilmu . fakta .

Kawan . Ni lagi satu hal , nak berkawan tu berpada woi , jangan sampai 24/7 kau nak get along ngan kawan je ?? useless . means aku bukan nak kata berkawan tu tak boleh , boleh je , tapi jangan leka ikut kawan2 kau pergi meronggeng kesana kemari tanpa dapat input yg berilmu . senang cite pepandai la kau jaga diri . jangan gaduh pulak , duduk asrama nie tak seronok la gaduh2 ngan kawan , sbb memang muka kau muka dia je yg selalu ada , so ayuh kita berukhuwah ! hehe . Study group ? oh ya ya , aku bukan jenis study group person , sebab bagi aku kalau study group mesti melencong ke lain , so banyak masa terbuang kat situ T.T so aku lebih prefer study sendiri la untuk diri aku . ada jugak aku join study group masa nak dekat exam, haa itu berkesan , sebab masa tu aku buat ngan classmates SixSists pasal subject biology , as we all know biology kan banyak benda nak kena tahu , MasyaAllah ! so memandangkan kitorang ada 6 orang para gegurl , each of us amik tajuk2 yang kita sendiri tak expert . so that kita boleh tekankan and fahamkan dengan lebih detail la ngan topik yang kita tak faham tu dan bila dalam study group kita boleh "muntah" kan balik apa yang kita faham dengan orang supaya lebih faham dan dapat pencerahan mana yang tak cerah lagi . so that bila time exam nanti , keluar je soalan tu , kau dengan taman bunga hati dengan lajunya menjawab soalan tu dengan confident level tahap maximum , nikmat ! Alhamdulillah .

So aku rasa ni lah serba sedikit yang aku boleh share kat sini ngan korang tips aku . act bukan semua tips ni datang dari aku , tapi mostly aku dengar dari pelajar2 yg cemerlang dorang gunakan tips nie , haa satu lagi lupa nak habaq maii , toksah tangguh2 nohh , nanti kau jugak terjelopok nanti macam aku penah buat dulu T.T *how bad i am !* tapi kan lain orang lain cara study dia , kau tak boleh sesuka hati nenek moyang kau nak judge the way dorang study . toksah toksah , nanti kau yang sakit jiwak ! so last but not least , utk aku cara ni sangat berkesan untuk diri aku . hehe . Adios !

: contoh mind map yang dah aku buat . bila gabung . haa nie dia , tapi baru sikit nie , aku tak gabung semua lagi . banyak mau hapal ! :

: sticky notes kata kata semangat aku yg sentiasa aku baca dikala hati sedang lara . ceh :

: koleksi mindmapping yang dah aku buat . worth it ! and i love it ! haha :

: wa cakap sama lu , ini tempat banyak seronok ! feveret port aku utk study secara efisyen . kihkihkih :

(: SIXSISTS kesayangan aku :)






Sunday, June 15, 2014

Part 2 : Journey 2

Assalammualaikum .

So perjalanan aku selepas cuti sem 1 bermula kembali . Sem 2 perlu diteruskan . okay sem 2 ni aku agak gerun sikit sebab based on experience lecturer aku cakap ramai student result down ,makin malas , buat hal , and semua benda2 yang negatif menjelma la , tu aku takut terjadi dekat diri sendiri .Tapi ada jadi jugak la kat aku part yang malas tu , haha , and mudah rasa down sometime , kehkehkeh .

Topik semua subjek sem 2 ni agak tough sebab kalau macam biology tu first chap dah mencabar and susah jugak nak score sebab semua fakta tak boleh nak ubah ubah dah T.T . pastu kalau chapter belakang2 tu more to sequence of  process contohnya krebs cycle , calvin cycle and banyak lagi lah , tapi part tu aku suka , sbb mudah untuk aku fahami dan hafal . Chemistry pula 4 chap awal tentang physical chemistry , tu okay la lagi , tapi masuk 4 and kebelakang , amik kau , kau kena tahu every each pasal organic compound bila di campur campurkan , aku rasa nak menangis jugak , tapi kan aku cakap hanis kena positif , kena kuat la untuk hadapi cabaran, nak capai kejayaan tu kan perit rasanya , so nak tak nak aku tabahkan hati jugak fahamkan , hafal and mcam2 la , tu nanti aku share macam mana aku study kat matrik .

Masa nak dekat exam mid sem aku sakit tahap takdelah teruk tapi sampai parents aku sanggup datang jugak lah ke pahang semata mata nak amik aku. terima kasih T.T . hanis felt so sorry sebab menyusahkan :( tapi 5 hari cuti jugak lah , haha , tapi masak aku weih kena catch up ngan study semua tu , terlepas banyak gilaaaa , gilaaa banyakk aku cakap . seriously , math la paling aku ingat sebab aku blur taktahu nak solve kan problem dalam kelas . memang blur sangat ! ingat lagi time tu aku punya study nak catch up balik semua subject and nak study untuk mid sem exam lagi perggh , memang bangun study makan je kejenya , nak borak pun aku tolak tepi sat , ghisau tahap babun , tapi alhamdulillah membuahkan hasil. Alhamdulillah thanks Allah thanks ! :)

Aku kat sana terpilih untuk menjadi ahli PASS dimana aku taktahu PASS stand for what , tapi ahli ni for those yang lemah untuk certain subjek . kehkehkeh , aku nie dok berapa bijok sikit ngan math , so aku ada mentor tersendiri lah untuk ajar math . Alhamdulillah it went well ! Lagi satu aku jadi facy bio untuk kelas aku dimana aku kena ajar la rakan2 seperjuangan aku untuk sama2 berjaya . okay ini aku suka sebab so far aku jumpa kawan2 yang semua murah dan mudah memberi ilmu , tak kedekut dan suka share2 tak kira la kau bijak ke idok , asalkan ilmu ! korang awesome and hanis sayang korang ! hehe

Masa sem 2 jugak kitorang semua menghargai sangat every moment kitorang bersama, yelah setahun je kau jumpa tak cukup weih, so setiap masa tu kena hargai tak kira la pahit ke manis memori tu . Gambar bersama classmate tu toksah cakap lah banyak mana , sebab classmate 23 perempuan and 1 lelaki . so perempuan dan camera ibarat isi dengan kuku . selfie is everywhere eventhough during lectures and tutorials , haha . Sedih nak berpisah ni sebab kita dah rapat , pastu cerita semua macam2 cerita , ada yang aku anggap hanya dongeng semata pun sebenarnya berlaku in reality . speechless jugak aku dibuatnya. tapi tu orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan , so pengalaman tu yang mendewasakan kita ,tak boleh nak dinafikan lagi .

Maka pada 30 April 2014 dengan rasminya tamatlah pengajian aku sebagai pelajar Kolej Matrikulas Pahang (kmph). Alhamdulillah . Airmata kesedihan kegembiraan menjadi tirai penutup . ceh XD

: lovely dovey classmates 2M3S12 during our BBQ gathering at Teluk Cempedak :

: higlight dan notes yang saling melengkapi each other ! :

: this picture was taken during our last lab chemist practical . My superb lecturer at the middle . Spot her ! :

: best buddies , best classmates , best segalanya :

: seriously nie sekali je aku pegang ! :

: selfie in action la kata ko ! :

: The Blues ! nie masa photoshoot and we're planning to wear same colour ! and guess what ?? we've to change to orange colour ! :

: geng lambat masuk kuliah , duduk paling belakang kat kuliah , paling rapat dalam kelas , sifu aku yang hebat lagi mantop . aku rindu bangattt sama diorang T,T : 
















Monday, June 9, 2014

Part 1 : Journey 1

Assalammualakum .

setahun sudah berlalu . post terakhir cerita tentang tawaran ke matrikulasi . sekarang sudah menjadi alumni kolej matrikulasi pahang(gambang) . alhamdulillah bersyukur tak terhingga berjaya menamatkan pengajian :)

okay part 1 ni aku nak cerita permulaan aku kat matrik and pengalaman .

maka pada 27 mei 2013 berdaftar la aku ke kolej matrikulasi pahang(kmph) . ha time tu aku relaks gila melepaskan ibuayah aku pulang , gentle tak nangis , cehh takdelah time tu rasa mcm blur blur lagi , so okay je time tu . hiks .

pastu seminggu minggu mppb pun berlalu dengan jayanya. alhamdulillah , penat dia , pergh hilang berat badan dgn banyak jugak lah aku dibuatnya , seriously .

Minggu pertama belajar, btw aku pelajar pst sains modul 3 . Aku jadi cengeng mu tau dok ! hari-hari aku nangis sbb aku stress dengan banyak sebab , meh sini aku list kan :
-kena print out all notes and ques tutorial from portal kmph
-dalam kuliah semua tangkas menjawab soalan lecturer dan kau kat situ ke"blur"an.
- perasaan tak cukup masa nak makan , nak tidur , nak study .
- perasaan dimana kau still belajar nak adapt ngan new environment
- perasaan  yang kau dengan diri kau je , takde kawan yg kau kenal .
- perasaan background org lain semua hebat2 tapi kau jauh sekali ,
- dan kelajuan lecturer ajar perghh, macam lari kena kejar ngan hantu !

haa , so tu lah antara sebab2 dia , bukan mengeluh , tapi ni jujur apa yang aku rasa pada awalnya , yelah mana taknya , masa nak masuk gerun juga sebenarnya sbb semua kata susah lah , cepat la , susah nak score pointer tinggi and all negative thoughts la kan , tapi fatin hanis kena positif dengan macam macam mana pun ! wajib ! 

maka memula sem 1 tu aku memang struggle tahap gila punya sampai rasa macam terputus dengan dunia luar , no friend , no internet , no twitter , no facebook and BIG NO to WIFI ! seriously , mmg rasa diri innocent dan sangat disiplinnya la si hanis nie. Ada sorang kawan aku sampai cakap ngan aku time makan kat cafe "hanis, cool down, kau nampak rushing , resah , macam lifeless" tergamam jugak aku sekejap . Tapi aku take it as positive comment la sebab dia kawan aku , dia sayang aku , haha , mungkin dia rasa sepi mungkin . haha. 

Kitorang kat sana time lab dibekalkan sorang satu lab coat dimana kau boleh feeling2 ala ala doktor gitu . haha . seronok weih dapat lab coat and manual book . okay manual book tu mcm reference kita nak buat experiment la , tapi kau ingat kau boleh sesenang nak tengok je ke , oh tidak okay tidak , kitorang kena buat olahan sendiri which means kena buat buku jotter sendiri . haa okay takyah nak cite pepanjang la pasal tu , tapi waktu lab adalah waktu kegemaran aku sebab 2 jam dan kau tak mengantuk sbb all the experiment u've to handle all by yourself tapi lead by our lecturer la , pastu kau takde dah nak duduk jadi observer tak bergaji kepada kawan kau , nak rileks rileks tak nak buat experiment macam zaman sekolah dulu, tak boleh tak boleh , kau sendiri kena buat from A sampai la Z , markah semua tu . tapi serius seronok . kalau pakai lab coat kemain semua berselfie bagai , haha . 
: first time bergambar dengan classmates dan memakai lab coat.


: muka seronok tengok hasil kerja sendiri . warna warni . excited ! :

Makan . okay part makan kat sini macam kat tempat lain lah , ke cafe la gamaknya , so luckly bilik aku berdepan dengan cafe A dimana cafe tu sangat famous dengan budak kmph T.T , bukan apa , meriah woi dengan makanan , tu orang suka datang kot. tapi Alhamdulillah makanan dia memang sodap bak hang ! haa so aku kat sana makan pagi and makan petang je , kuantiti at that time sikit je amik , sebab entah la , aku bukan diet tapi selera kurang sikit , hanya amik ayam ayam dan ayam, tak pernah beli ikan , cerewet ! so bila balik mereka kata muka nampak cengkung la kurus la apalah , haha , suka aku ! cehh betul la , jujur ni , haha .  
Masa tengah sem aku dah sebati sikit ngan keadaan sekeliling dimana dah berani online , berborak tak ingat dunia and sebagainya la . Oh ye, masa exam mid sem kan , kitorang punya time exam tu langsung tak seronok , menyeksakan ya amat sebab exam tu lepas raya ! right away after raya terus exam , gila ! tak beraya aku kau tau *tipu* ceh tak lah , aku raya jugak tapi ngan notes and everything . malam raya orang pergi takbir raya, yg aku dok siapkan past year chemist , pastu masa orang sibuk memasak rendang ketupat semua , aku sibuk revise past year bio , masa para anak dara basuh pinggan , aku dok kat ampaian mengadap dorang sambil dok hafal sc comp , perghh ! seronok kau ! seriously , nikmat ! dan hasil dia masa tu agak sedih tapi aku bersyukur jugak sebab tak failed tapi ada C . cisss !

Masa akhir sem , final sem 1 kitorang dah start busy dengan nak habiskan chapter , tutorial and so on la . Aku kat sana jenis suka bawa diri sendiri . Means aku suka bergerak jumpa lecturer sendiri , buat assignment sendiri , study sendiri semua sendiri . bukan kedekut ilmu mahupun tak suka bergaul , cuma aku lebih selesa dan tenang dengan cara macam tu . rasa berbaloi dan aku sedang mempraktikkan diri ini untuk berlatih cara life kat uni nanti when no one else will care to you and all depends on yourself ! seriously . okay back to final exam , masa study week aku tak struggle sangat pun, main main . aku tengok movie la tu la ni lah, haih hanis sangat main main , bukan apa mungkin otak aku minta rehat sekejap . mungkin . Dan exam berakhir , aku cuti dengan girangnya , tapi Allah "tarik" sesorang dalam hidup aku . sedih . 

: katil kesayangan , selesa :

: tak sangka sekelas ngan wani lokman >.< :

: time ni ada sesi photoshoot class . so kitorang planning pakai warna pink :





































Facebook saye =D

rhythm of the world