didalam keadaan yang berduka ini , aku mencuba untuk mencari sesuatu yang b0leh memujuk hati untuk melupakan segala masalah yang tersimpan , lantas itu , aku terus melayari sesawang youtube untuk mengajak hati bergelak ketawa bersama matluhfi . tetapi malangnya ade masalah teknikal , lalu aku terus mencuba untuk mencari alternatif yang lain , tiba -tiba hati aku terdetik untuk melihat-melihat facebook adik-adik junior ku yang berjaya dengan cemerlang nya didalam pmr . apabila aku melihatnya , hati aku berasa terpujuk kerana melihat ramai orang mengucapkan tahniah keatas kejayaan mereka , lalu aku terfikir , alangkah bagusnya jika aku disitu , sejujurnya aku tidak pernah merasai kejayaan , adakah itu ujian Allah untuk menduga kesabaranku dan keimanan ku ? ataupun aku sendiri yang tidak pernah mengenal erti bersyukur ? . seringkali aku termenung akan nasib yang menimpa ku , pabila setiap kali ia terlayar diruangan memori ku , aku akan berasa tersangat sedih kerana tidak pernah memberi kejayaan kepada diri ini . teruk sangatkah aku ? kenapa aku susah untuk mencapai sesebuah kejayaan ?? tetapi , bila aku memujuk fikiran untuk berfikiran positif , "Allah itu sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk dirimu " . aku berasa kembali bersemangat untuk terus mengorak langkah kehadapan , kadang-kadang aku terfikir kenapa aku terus diuji dengan dugaan-dugaan yang boleh menjatuhkan diri ini untuk terus maju dan mengecapi kebahagiaan ? adakah aku ini seorang yang bernasib malang ? adakah aku ini seorang yang tidak patut untuk mendapat kebahagiaan ? duhai hati , janganlah engkau beranggapan sebegitu , kerana Allah itukan Maha Mengetahui ke atas segalanya . pasti akan ade kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang . Allah itu kan Maha Penyayang , kamu tidak sedar sebenarnya Allah itu sentiasa berhampiran denganmu , kerana Allah ingat kepada mu , cuma kamu sahaja yang tidak sedar dan sering berduka , setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaian , jadinya kamu kena menghadapi nya dengan tabah dan sentiasa bergantung kepada Allah and put y0ur trust in Allah . insyaallah , hati kamu akan mendapat ketenangan dan kamu pasti berasa sangat bersyukur kerana Allah telah mengajar mu untuk menjadi seorang yang matang tanpa mempunyai sifat-sifat yang negatif . berbalik kepada kejayaan , manisnya kejayaan jika kita perolehi nya , dengan dipanjatkan d0a kepada ya Allah , dan juga berbekalkan usaha yang masih mendaki untuk sampai ke puncak , saya mesti berjaya dalam hidup , ilmu is everythings , without ilmu is nothing .
0 komen:
Post a Comment